Apa nikmat yang paling besar saya dapat dalam lingkungan usia 21 sampailah 23 ni(?)
Saya jawab nikmat kebangkitan.
"Mengapa? Bukan cinta ke Long?"
(Nakal betul, nak kenakan saya ^_^)
Tak, nikmat kebangkitan. Erm, ada sebabnya :)
........................................
Nikmat kebangkitan adalah nikmat terbesar sejak 3 tahun yang lalu. Saya yang rasa. Itu sebabnya :)
Bermula dengan pelbagai teori senyum gembira, dan berhadapan dengan zaman kejatuhan. Dan kini saya terus bangkit semula. Anda pernah perasankah (apa-apa perubahan pada diri saya?)
Hem... (itu tak penting)
Saya mahu anda yang bahagia. Bahagia punyai saya sebagai sahabat, sebagai ALONG, sebagai kenalan dan teman berukhuwah. Kini, usah tanya-tanya silam saya. Segala akan saya manipulasi untuk menjadi 'tool' dalam persahabatan.
Macam saya pernah cakap dulu, Tuhan uji kita untuk bagi memberi sebuah pengajaran dan pengalaman. Jadi, adil untuk setiap manusia.
Pastinya, saya pun dah merasa 'denda dan nikmat dilanda mehnah". Saya akur. Sekarang, saya mulai semula. Walau payah, saya tetap mahu tabah. Saya mahu buktikan, saya masih mampu.
Dek kerna saya punya anda semua, saya makin kuat. Anda pencetusnya, mengapa saya perlu mengalah? :)
.......................................
"What you give, you get back"
Saya pegang kata-kata seorang senior: "Tolong orang lain, Tuhan pasti bantu kita"
Saya amat yakin dengan nasihat itu. Dan, dapat merasakannya.
................
Di usia 23 kini, saya masih hambaNya, masih anak kepada ayah bonda, dan masih menjadi sahabat kepada anda semua. Selagi anda mahu terima saya dalam lujnah persahabatan yang kita cipta, saya di sini bersama :)
Langsung, selamat ulang tahun kelahiran buat diri sendiri. Moga esok penuh detik bahagia bersama semua. Esok masih mampu merungkai duka, masih betah peroleh bahagia, dan hidup dalam kasih sayang Robbi. Ameen :)
No comments:
Post a Comment